Semakan Harga · Johor

Nak Semak Harga Rumah Sebelum Buat Keputusan Jual?

Kalau anda belum pasti rumah sesuai dijual sekarang, atau nak tahu anggaran harga dan marketability dulu, saya boleh bantu semakan awal ikut lokasi dan situasi rumah anda.

Roslinsah Ab Rahim REN19089 · Berdaftar BOVAEP Semakan berdasarkan transaksi sebenar, bukan harga iklan
Kenapa Semak Dulu

Kesilapan paling mahal berlaku sebelum rumah masuk pasaran

Kebanyakan owner tetapkan harga ikut harga iklan rumah jiran. Masalahnya, harga iklan bukan harga jual. Rumah yang masuk pasaran dengan harga salah akan terperap lama, dan bila harga diturunkan kemudian, pembeli mula curiga.

Semakan awal bagi Tuan/Puan gambaran sebenar sebelum buat apa-apa komitmen. Tahu kedudukan dulu, baru putuskan langkah.

Apa Yang Disemak

4 perkara yang saya lihat

Transaksi sebenar kawasan

Harga jual rumah serupa dalam taman dan kawasan yang sama, dari rekod transaksi termasuk data NAPIC. Bukan harga iklan portal.

Trend harga semasa

Kawasan tu tengah naik, mendatar, atau turun? Ini kesan pada bila masa sesuai untuk jual.

Marketability rumah

Kondisi, jenis, saiz dan kedudukan rumah berbanding apa yang pembeli kawasan tu cari sekarang.

Anggaran julat harga jual

Bukan satu angka mati, tapi julat realistik dengan sebab di sebaliknya, supaya Tuan/Puan faham dari mana angka tu datang.

Sesuai Untuk Siapa

Tak perlu tunggu sampai betul-betul nak jual

  • Owner yang baru pertimbang nak jual dan nak tahu kedudukan dulu
  • Owner yang nak refinance atau rancang kewangan dan perlukan anggaran nilai semasa
  • Waris yang nak tahu nilai rumah pusaka sebelum bincang dengan keluarga
  • Owner yang dah lama tak pantau pasaran dan nak update kedudukan terkini
Apa Anda Akan Dapat

Hasil semakan yang boleh terus dipakai

  • Anggaran julat harga pasaran semasa untuk rumah Tuan/Puan
  • Ringkasan transaksi terkini rumah serupa dalam kawasan
  • Pandangan ringkas tentang marketability dan timing
  • Cadangan langkah seterusnya, kalau Tuan/Puan mahu

Nota telus: ini semakan pasaran oleh Real Estate Negotiator berdaftar, bukan laporan penilaian rasmi. Untuk penilaian rasmi bank atau mahkamah, ia perlu dibuat oleh penilai berlesen, dan saya boleh rujukkan Tuan/Puan kepada pihak yang betul.

Mula Di Sini

Hantar maklumat rumah anda

Isi maklumat di bawah. Bila tekan hantar, maklumat ini akan dibuka dalam WhatsApp untuk terus dihantar kepada saya.

Semakan percuma. Tiada kewajipan untuk jual selepas semakan.

Dah jelas nak jual dan perlukan strategi penuh? Terus ke khidmat strategi jualan rumah.
Soalan Lazim

Soalan tentang semakan harga

Semakan ini percuma ke?

Ya, semakan awal ini percuma dan tiada kewajipan untuk jual atau melantik saya selepas tu. Ramai owner semak dulu semata-mata untuk tahu kedudukan.

Ini sama dengan laporan penilaian rasmi bank?

Tidak. Ini semakan pasaran oleh Real Estate Negotiator berdasarkan data transaksi sebenar kawasan, sesuai untuk buat keputusan awal. Laporan penilaian rasmi hanya boleh dikeluarkan oleh penilai berlesen, dan kalau Tuan/Puan perlukan, saya boleh rujukkan.

Data harga tu datang dari mana?

Saya rujuk rekod transaksi sebenar termasuk data NAPIC dan rekod subsale kawasan, bukan harga iklan portal. Harga iklan selalunya lebih tinggi daripada harga yang pembeli betul-betul bayar.

Berapa lama nak dapat hasil semakan?

Kebiasaannya dalam 1 hingga 2 hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima, bergantung pada kawasan dan jenis rumah.

Kalau lepas semak saya tak nak jual, tak apa ke?

Tak apa langsung. Semakan ini memang untuk bantu Tuan/Puan buat keputusan dengan maklumat yang betul. Kalau kesimpulannya lebih baik tunggu, saya akan cakap macam tu.

Tahu kedudukan dulu, baru buat keputusan

Semakan awal tak mengikat apa-apa. Yang Tuan/Puan dapat ialah gambaran sebenar tentang harga dan pasaran kawasan sendiri.