Kamus Hartanah Malaysia

Glosari Istilah Hartanah JB.

50 istilah hartanah yang paling kerap muncul dalam proses jual-beli rumah di Johor Bahru. Dokumen, undang-undang, pinjaman, pusaka, dan pasaran. Setiap istilah explain dalam BM mudah, dengan konteks sebenar pasaran JB. Rujukan terus untuk first-time buyer, owner subsale, dan pembeli dari Singapura.

Soalan yang halaman ini jawab

Tak jumpa istilah yang anda cari? WhatsApp terus →

01

DOKUMEN & PERJANJIAN

8 istilah

OTP

#

Option to Purchase. Booking awal dengan booking fee 2 hingga 3% sebelum SPA penuh disediakan. Tempoh standard 14 hari. Dalam JB: kebanyakan deal subsale start dengan OTP melalui agent.

LO

#

Letter of Offer. Surat tawaran rasmi dari pembeli kepada penjual (atau dari bank kepada peminjam). Bind selepas signed + booking fee paid.

SPA / S&P

#

Sale and Purchase Agreement. Perjanjian utama jual-beli hartanah. Dalam SPA: harga muktamad, syarat completion period (biasanya 3+1 bulan), penalty late completion.

MOT

#

Memorandum of Transfer (Borang 14A). Dokumen rasmi pemindahan hakmilik ke nama pembeli. Stamping kena bayar stamp duty (1 hingga 4% ikut tier). Tanpa MOT, hakmilik belum sah tukar tangan.

VP

#

Vacant Possession. Penyerahan kunci + akses penuh kepada pembeli, biasanya selepas SPA selesai dan baki balance paid. JB norm: VP 14 hari selepas full settlement.

DOA

#

Deed of Assignment. Digunakan untuk hartanah strata yang belum dapat individual title. Pemindahan beneficial interest, bukan hakmilik strata.

DOM

#

Days on Market. Bilangan hari listing aktif sebelum sold. JB subsale norm: 60 hingga 180 hari. DOM lebih 200 hari = signal pricing terlebih tinggi.

Caveat

#

Catatan rasmi di pejabat tanah yang menahan transaksi tanpa kebenaran pencaveat. Lien-holder caveat (bank) dan private caveat (pembeli) ialah dua jenis utama di JB.

02

UNDANG-UNDANG & COMPLIANCE

6 istilah

BOVAEP

#

Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers. Badan pengawal industri agen hartanah Malaysia. Setiap REN mesti berdaftar.

REN

#

Real Estate Negotiator. Agen lapangan yang bekerja di bawah Real Estate Agent (REA) berlesen. Tuan Roslinsah ialah REN19089.

PEA / REA

#

Probationary Estate Agent / Real Estate Agent. Tahap senior dalam hierarki agen. Boleh lead firm sendiri selepas qualified.

Stamp Duty

#

Duti setem pemindahan. Tier JB: 1% (RM100k pertama), 2% (RM100k-500k), 3% (RM500k-1jt), 4% (atas RM1jt). First-time buyer ada exemption sampai RM500k.

RPGT

#

Real Property Gains Tax. Cukai keuntungan pemindahan hartanah. Tahun 1-3: 30%, tahun 4: 20%, tahun 5: 15%, tahun 6+: 5% (warganegara). Foreigner: flat rate.

03

PEMILIKAN TANAH

6 istilah

Freehold

#

Pegangan bebas, tiada had tempoh. Premium 10 hingga 20% berbanding leasehold di JB. Norm di kawasan matang macam BBU, Kempas, Skudai.

Leasehold

#

Pegangan pajakan, biasanya 99 tahun. Selepas 60 tahun baki: harga drop, susah dapat loan penuh. Biasa di kawasan baru-bangun di Iskandar.

Bumi Lot

#

Lot khas untuk pembeli Bumiputera. Dijual pada diskaun tetap, ada syarat penjualan semula kepada Bumiputera lain.

Malay Reserved Land (MRL)

#

Tanah simpanan Melayu. Hanya boleh dijual kepada Melayu/Bumiputera. Banyak di kawasan Tampoi, Larkin, Bandar Baru Uda lama.

Strata Title

#

Hakmilik strata untuk apartment/condo/townhouse berkelompok. Pengeluaran biasanya 5 hingga 15 tahun selepas siap.

Master Title

#

Hakmilik induk (induk projek). Biasanya developer pegang sebelum strata title individu dikeluarkan.

04

PINJAMAN & KEWANGAN

8 istilah

DSR

#

Debt Service Ratio. Nisbah komitmen bulanan ke gaji bersih. Cap bank Malaysia: 60 hingga 70%. Lebih tinggi DSR = kurang kelayakan loan.

CCRIS

#

Central Credit Reference Information System (BNM). Rekod hutang dan bayaran 12 bulan. Wajib clean sebelum apply loan.

CTOS

#

Credit reporting system swasta. Selain CCRIS, bank juga rujuk CTOS untuk legal cases dan default history.

OPR

#

Overnight Policy Rate. Kadar dasar BNM yang affect kadar pinjaman. OPR 2026 = 3.00%. BLR/BFR mirror OPR + spread bank.

MRTA

#

Mortgage Reducing Term Assurance. Insurans loan yang nilai reducing ikut baki pinjaman. Premium one-off, included dalam loan.

MLTA

#

Mortgage Level Term Assurance. Insurans loan dengan sum assured tetap. Premium tahunan. Lebih mahal tapi cover sentiasa.

Margin of Finance (MOF)

#

Peratus harga hartanah yang bank willing biayai. Standard: 90% untuk first home, 70% untuk third home.

Lock-in Period

#

Tempoh penalti early settlement loan (biasanya 3 hingga 5 tahun). Penalti standard: 2 hingga 3% baki pokok.

05

PUSAKA & FARAID

4 istilah

Faraid

#

Sistem pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak Islam. Wajib untuk waris Muslim. Pembahagian: anak lelaki 2x anak perempuan.

Probate

#

Proses mahkamah perakuan wasiat (non-Muslim) atau wasiat Muslim dengan syarat tertentu.

Letter of Administration (LA)

#

Surat pentadbiran pusaka untuk kes tanpa wasiat. Diuruskan oleh Mahkamah Tinggi / Amanah Raya / Pejabat Pusaka Kecil ikut nilai estet.

Hibah

#

Pemberian hartanah semasa hidup (bukan pusaka). Cara legal popular untuk by-pass faraid untuk anak angkat, isteri kedua, atau ibu bapa.

06

PASARAN & TRANSAKSI

6 istilah

Subsale

#

Pasaran second-hand untuk hartanah yang sudah CCC/VP. Lawan subsale = primary (developer). Majoriti deal JB ialah subsale.

Subrent

#

Pasaran sewa pegun/jangka pendek. Tidak sama dengan rental biasa. Biasanya master-tenant let-out kepada subtenant.

En-bloc Sale

#

Penjualan keseluruhan blok/projek serentak (biasa untuk redevelopment). Ramai owner mesti agree.

Flipping

#

Strategi beli + renovate + jual semula dalam tempoh pendek (6 hingga 24 bulan). Margin tipikal JB: 15 hingga 25% selepas kos.

Hot Pocket

#

Kawasan dengan permintaan tinggi + supply terhad. JB hot pockets 2026: BBU, Bukit Indah, Setia Eco Cascadia.

Distressed Sale

#

Listing terdesak (penjual tergesa-gesa, default loan, divorce, migrasi). Biasanya 10 hingga 20% bawah market value.

07

VALUASI & PRICING

4 istilah

CMA

#

Comparative Market Analysis. Analisa harga berdasarkan transaksi sebanding (similar size, location, condition) dalam 6 hingga 12 bulan terakhir.

MV

#

Market Value. Anggaran nilai pasaran sebenar berdasarkan transaksi NAPIC + analisa agent. Bukan harga listing.

psf

#

per square foot (per kaki persegi). Unit standard banding harga. Teres BBU 2026: RM124 hingga RM412 psf bergantung kondisi.

NAPIC

#

National Property Information Centre (Pusat Maklumat Harta Tanah Negara). Database transaksi rasmi pemerintah. Data sebenar yang dibayar, bukan listed price.

08

AGEN & INDUSTRI

8 istilah

Listing Exclusive

#

Mandat eksklusif kepada satu agen sahaja untuk tempoh tertentu (3 hingga 6 bulan). Agent commit lebih dalam marketing.

Open Listing

#

Sama listing dibuka kepada banyak agen serentak. Komisen pertama-bawa, pertama-jual.

Co-broking

#

Dua agen kongsi komisen. Biasanya listing agent + buyer agent, split 50:50.

Commission

#

Komisen agen. Standard subsale Malaysia: 2% + SST (cap 3% by BOVAEP). Owner biasanya bayar.

Showing / Viewing

#

Sesi tunjuk rumah kepada pembeli. JB norm: 8-15 viewing sebelum dapat offer serius.

Cooling-off Period

#

Tiada cooling-off rasmi untuk subsale Malaysia. Selepas SPA signed, deal binding (tertakluk klausa).

Earnest Money

#

Booking deposit awal (1 hingga 3% harga) tanda commitment serius pembeli. Refundable atau forfeit ikut SPA terms.

Defect Liability Period (DLP)

#

Tempoh waranti dari developer (primary) untuk fix defect. Standard: 24 bulan dari VP. Tidak applicable untuk subsale.

Ada Istilah Yang Confusing?

Tanya saya terus untuk kes Tuan/Puan.

Setiap deal hartanah ada konteks unik. Kalau ada istilah dalam SPA, LO, atau dokumen bank yang tak clear, WhatsApp saya. Saya boleh explain dalam konteks situasi Tuan/Puan, bukan teori sahaja.